Social
116

Mayat tanpa identiti ditemui terapung

Teluk Kumbar – Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di perairan Teluk Kumbar, semalam.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Pulau Pinang menerima panggilan daripada nelayan pantai berhubung penemuan itu pada jam 4.10 petang.

Menurut Pengarahnya, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, pencarian menemukan mayat berkenaan 1.1 batu nautika selatan Pasir Blanda, Teluk Kumbar.

Katanya, mangsa dipercayai lelaki dan lengkap berbaju dan berseluar panjang sukan berwarna hitam.

“Namun tiada sebarang identifikasi diri ditemui pada mayat berkenaan.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke jeti Polis Marin Batu Uban sebelum kes diserah kepada polis bagi tindakan lanjut,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Abd Razak, setakat ini APMM belum menerima sebarang aduan berkenaan orang hilang di laut.

Pihaknya juga menyeru mana-mana individu yang kehilangan ahli keluarga atau saudara segera tampil membuat aduan di balai polis yang berdekatan.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu