Kuala Lumpur Post

Social

Mayat wanita ditemukan dalam SUV

GOMBAK — Mayat seorang wanita tempatan ditemukan dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) berkunci di kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Kundang di Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 10.40 pagi.

“Sebuah jentera dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang dikerah ke lokasi kejadian.

“Komander operasi melaporkan terdapat Subaru XV terkunci dan terdapat seorang mangsa di dalam kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kerja membuka pintu dijalankan dan pihaknya sedang menunggu polis bagi tindakan seterusnya.

Katanya, mangsa seorang wanita tempatan berusia 40-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.