Social
383

Mayat wanita tidak berseluar ditemukan

Shah Alam – Polis menemukan mayat seorang wanita dalam keadaan tidak berseluar di perangkap sampah kunci air Sungai Kandis, dekat sini, pada Selasa (25 Jan), 10.40 pagi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata pihaknya menerima maklumat tersebut daripada penjaga kunci pintu air berkenaan.

Katanya wanita itu dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an, ditemui dalam keadaan tangan diikat dan disyaki seluar mangsa digunakan untuk mengikat tangannya itu.

“Identiti wanita itu masih belum dikenal pasti. Mangsa memakai baju tanpa lengan berwarna hitam dan terdapat sebentuk cincin batu berwarna merah di jari manis kirinya. Ketinggian mangsa lebih kurang 150 sentimeter, rambut beruban dan bergigi jarang.

“Mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih kurang tujuh hari dan tiada kecederaan fizikal luaran,” katanya dalam kenyataan.

Baharudin berkata kes berkenaan disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan, untuk menyalurkannya kepada pegawai penyiasat kes ASP Shazrin (03-55202022) bagi membantu siasatan, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu