Nation
10K

Mazlan Lazim bakal Timbalan KPN?

Petaling Jaya – Nama Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, Bukit Aman, Datuk Seri Mazlan Lazim dipercayai bakal mengisi kekosongan jawatan orang nombor dua dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pemilihan Mazlan bakal memegang jawatan itu bertambah kukuh apabila nama beliau dikatakan telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-​Mustafa Billah Shah baru-baru ini.

Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, sumber berkata, bagaimanapun, tiada keputusan sama ada pemilihan itu telah dimuktamadkan atau dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong atau tidak.

“Nama beliau (Mazlan) telah dipersembahkan kepada Tuanku dan tunggu sahaja pengumuman rasmi mengenai perkara itu,” katanya di sini semalam.

Baru-baru ini, PDRM telah mengumumkan pertukaran 61 pegawai termasuk tujuh pengarah dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada hujung bulan lalu.

Namun, jawatan orang nombor dua dalam pasukan itu menjadi teka-teki.

Utusan Malaysia sebelum ini mendedahkan PDRM dikatakan dalam dilema memilih sama ada Mazlan atau Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Razarudin Hussain.

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam satu kenyataan pada 1 Jun lalu memaklumkan jawatan Timbalan Ketua Polis Negara akan diumumkan tidak lama lagi sebaik sahaja selesai melalui proses yang sepatutnya. — Utusan Online

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu