Nation
390

Mazlan Lazim Timbalan Ketua Polis Negara baharu

Kuala Lumpur – Datuk Seri Mazlan Lazim dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa hari ini, umum Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Mazlan, 59, yang sebelum perlantikan terkini adalah Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, mengisi kekosongan jawatan Timbalan Ketua Polis Negara yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani selepas dilantik sebagai Ketua Polis Negara Mei lepas, lapor Bernama.

Hamzah berkata pelantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dengan nasihat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).

“Bagi pihak kerajaan, setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Yang di-Pertuan Agong atas perkenan baginda terhadap pelantikan ini.

“Tahniah dan syabas kepada Mazlan kerana dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Polis Negara,” katanya pada sidang media di sini hari ini. Turut hadir Acryl Sani.

Dilahirkan di Kuala Kedah, Mazlan memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi Sumber.

Beliau pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Kelantan sebelum dilantik mengetuai kontinjen itu, Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Polis Kuala Lumpur.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu