Nation
679
0

MB Kedah ingin haramkan PAS juga? – PAR

Pusat Aduan Rakyat mengambil serius amaran amaran Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor kepada parti Malaysian Indian Congress (MIC) bahawa MIC wajar diharamkan dan tidak dibenarkan bergerak bebas kerana didapati “menghasut orang ramai melanggar undang-undang”.

“Adakah amaran in rasional ? Berdasarkan kepada undang-undang ROS sesebuah parti politik yang berdaftar dengan pertubuhan ini tidak melanggar undang-undang kerana ini hak mereka untuk bersuara. Dalam perlembagaan MIC juga, ianya ditulis secara jelas bahawa MIC merupakan sebuah parti yang ditubuhkan untuk membela dan memelihara kepentingan politik, ekonomi dan sosial kaum India di Malaysia,” kata Datuk Chandrakumanan, Presiden PAR, Malaysia.

Maka, apabila Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) merobohkan Kuil Sri Raja Muniswaran yang berusia 30 tahun di Taman Bersatu, Kuala Kedah tanpa sebarang ganti rugi ataupun menyediakan tapak alternatif untuk membina semula kuil tersebut, ianya adalah satu obligasi untuk MIC untuk bangkit dan bersuara kerana perlembagaan mereka mewajibkan sedemikian.

“Apakah rasional di sebalik pandangan MB Kedah hari ini yang melihat obligasi tersebut sebagai satu bentuk hasutan untuk melanggar undang-undang sebenarnya?”

Pada 11 Disember lalu, Parlimen India meluluskan rang undang-undang kontroversi di mana ianya akan membenarkan Kerajaan India memberi kewarganegaraan kepada berjuta pendatang haram yang memasuki negara itu dari tiga negara jirannya sebelum 2015, tetapi ia dikecualikan untuk umat Islam.

“Ketika itu, Presiden PAS sendiri mengkritik tindakan India sambil menyifatkan ia budaya pilih kasih paling ketinggalan zaman. Menurut Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tindakan itu adalah tidak adil dan wajar memandangkan umat Islam telah banyak berjasa kepada tamadun seluruh dunia termasuk India,” ujar Chandra.

“Sekiranya logik pemikiran MB Kedah diaplikasikan di sini, Presiden PAS telah melakukan hasutan yang boleh menjejaskan hubungan diplomatik di antara dua buah negara! Tetapi sememangnya semua orang tahu bahawa pemikiran sebegini bukannya sesuatu yang rasional. Semua orang kecuali MB Kedah.”

“Ini kerana sepertimana MIC ditubuhkan untuk membela kaum India, Pas juga ditubuhkan untuk memertabatkan agama Islam. Maka, ianya turut menjadi satu obligasi kepada Pas untuk bersuara,” tegas beliau.

“Sekiranya MIC wajar diharamkan, maka PAS juga harus diharamkan mengikut konsep ‘precedent’ dalam undang-undang. Semestinya ini bukan kemahuan MB Kedah yang berasal daripada PAS bukan?”

“Apa yang diperlukan adalah kemuafakatan di meja rundingan untuk mencapai persetujuan dan memelihara perpaduan kaum di negara kita. Bukan ugutan sepertimana yang dilakukan oleh MB Kedah.”

“PAR menyaran MB Kedah menarik balik kenyataan beliau dan turut menggesa beliau untuk kembali ke meja rundingan untuk mencari satu penyelesaian yang memuaskan,” saran Datuk Chandrakumanan.

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu