Nation
824

MB Kedah mohon maaf berhubung gurauan ‘kontena jenazah’

Sintok – Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor memohon maaf kepada orang ramai terutama pihak yang tersinggung, berhubung gurauannya berkaitan ‘kontena jenazah’ yang tular di media sosial sejak Jumaat petang.

Beliau berkata gurauan itu hanya dibuat kepada rakan-rakan wartawan yang disifatkannya sebagai sebahagian daripada keluarganya sepanjang tempoh kerjayanya.

“Pertama sekali, saya ingin memohon maaf atas gurauan kita semalam sehingga ditularkan. Saya memang suka bergurau tetapi mungkin gurauan semalam agak kasar jadi saya minta maaf,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas pembukaan pusat pemberian vaksin (PPV) Outreach Universiti Utara Malaysia di sini, hari ini.

“Saya hendak maklumkan saya bergurau dengan wartawan tetapi gurauan itu dianggap seperti mahu bergurau dengan semua orang, jadi kerana ada pihak yang tersinggung, terasa hati dengan gurauan saya itu, saya ambil kesempatan mohon maaf,” tambahnya.

Muhammad Sanusi berkata sejak semalam, banyak mesej celaan yang diterimanya berhubung isu berkenaan, bagaimanapun beliau menganggap itu sebahagian daripada adat dalam kerjayanya.

Semalam, video Muhammad Sanusi dengan kenyataan “kontena jenazah mencukupi, siapa nak masuk bagi nama” tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp hingga menyebabkan pelbagai pihak tidak senang dan mengecam Menteri Besar Kedah itu.

Kenyataan gurauan itu dibuat dalam sidang media selepas beliau meninjau pembukaan PPV Mega Amanjaya Sports Arena di Sungai Petani, semalam, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu