Nation
545
0

MB KEDAH WAJAR TERUSKAN CUTI PERISTIWA THAIPUSAM – KETUA WANITA MIC NEGERI KEDAH

Alor Setar- “Pergerakan Wanita MIC Negeri Kedah mengesa Menteri Besar Negeri Kedah untuk mengkaji semula keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Kedah untuk tidak meneruskan cuti peristiwa sempena Hari Thaipusam perayaan terpenting bagi kaum India di Malaysia,” menurut Ketua Wanita MIC Kedah, Puan Jayasunthari.

“Saya amat kesal dengan keputusan MB kedah seolah- olah tidak menghormati sensitiviti terhadap kaum India di Negeri Kedah.Walaupun perayaan tahun Ini terkesan akibat (PKP), tiada perlunya untuk batalkan hari cuti sebab Keluarga kaum India masih boleh meraikannya di rumah masing- masing, memandangkan aktiviti berbentuk perhimpunan dan perarakan adalah tidak dibenarkan.”

Menurut beliau cuti Thaipusam di negeri Kedah mula diisytihar sebagai cuti peristiwa pada tahun 2014. Tradisi cuti peristiwa ini telah diteruskan memasuki tahun yang ke 7 meskipun berlaku pertukaran kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional kepada Kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2018 yang lalu.

“Pengistiharan cuti Thaipusan itu boleh dilihat sebagai memberikan hak serta memghormati penganut Hindu melaksanakan upacara keagamaan masing-masing.Maka Kerajaan Negeri Kedah haruslah berhikmah dalam mengambil tindakan yang wajar untuk meneruskan cuti peristiwa Hari Thaipusam.”

“Saya merasakan tidak ada kerugian pada mana-mana pihak samada di pihak Kerajaan Negeri mahupun penganut agama hindu yang merayakannya jika cuti Thaipusam ini diberikan. Ia sewajarnya kekal sebagai tradisi perayaan.”

“Janganlah pula MB bandingkan cuti dengan komposisi 6.8 peratus masyarakat India yang berada di Kedah , ia amat mengecewakan serta menguris hati masyarakat India di kedah, dan jika dibandingkan dengan kerajaan BN yang telah menghormati kaum India di kedah dan memulakan tradisi cuti peristiwa Thaipusam jauh dihargai dan dihormati tinggi,” tegas beliau.

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu