Nation
133

MB Perak negatif Covid-19, kekal dikuarantin

Ipoh – Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad disahkan negatif COVID-19 berdasarkan keputusan ujian saringan yang diperoleh hari ini.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar Perak, Saarani menjalani ujian berkenaan pada 2.30 petang semalam dan menerima keputusan ujian tersebut pada 4.30 petang tadi.

“Bagaimanapun, beliau akan terus menjalani kuarantin hingga 3 Mei ini seperti dijadualkan dalam Perintah Pengawasan dan Pemantauan di Rumah (HSO) yang diberikan Kementerian Kesihatan Malaysia,” demikian menurut kenyataan itu.

Saarani dijadual kembali bertugas pada 4 Mei ini selepas menjalani kuarantin selama 11 hari berikutan dikesan sebagai kontak rapat kepada pesakit yang disahkan positif COVID-19.

Saarani menjadi antara kontak rapat dengan individu berkenaan ketika menghadiri satu program di Lenggong pada 23 April lepas. – Bernama

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu