Politics
439

MCA, MIC kekal pendirian sokong kerajaan PN

Petaling Jaya – Parti MCA dan MIC akan berpegang teguh kepada ketetapan dibuat komponen Barisan Nasional (BN) pada tahun lalu iaitu kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang sedia ada.

Dua parti komponen itu menegaskan pendirian terbabit tidak akan berubah, selagi keputusan dibuat BN itu kekal.

“Kami merupakan anggota komponen BN dan sebenarnya parti telah membuat kenyataan yang mana kita sedia maklum bahawa apa juga ketetapan untuk menyertai kerajaan PN sehinggalah pilihan raya akan datang, kata Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong.

“Selagi ada ketetapan untuk kita kekal kita berasa terpanggil untuk bersmaa-sama rakan seperjuangan dalam BN dan mementingkan rakyat serta rakyat akan membuat keputusan dalam pilihan raya kelak,” katanya dalam sidang akhbar di ibu negara hari ini.

Sementara itu Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan berkata, partinya turut berpegang kepada pendirian sama.

“Bagi pihak MIC kita berpegang kepada keputusan muktamad daripada kepimpinan dan akur dengan keputusan peringkat BN. Kita akan terus menyokong kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” ujarnya.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu