Nation
103

MDEC nafi tawar baucar tunai untuk perniagaan

Kuala Lumpur – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) tidak pernah mengeluarkan sebarang mesej menawarkan baucar yang boleh ditebus dengan wang tunai kepada syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Menurut MDEC dalam kenyataan hari ini, perbadanan menyedari banyak percubaan, termasuk mesej terbaru ini, untuk menggunakan namanya di media sosial dan aplikasi WhatsApp dalam usaha untuk menipu orang ramai.

“MDEC menegaskan bahawa mesej atau posting seperti itu palsu dan memberikan persepsi negatif terhadap program sokongan digitalisasi perniagaan yang sedang dijalankan oleh kerajaan untuk perniagaan,” menurut kenyataan itu.

Oleh itu, MDEC meminta orang ramai supaya berhenti menyebarkan berita yang tidak disahkan atau palsu dan sebaliknya merujuk kepada laman web rasmi dan juga saluran media sosial MDEC untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini.

Untuk berita dan pengumuman terkini, orang ramai boleh melayari http://mdec.my, katanya, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu