Nation
285

Media tidak tepat lapor kenyataan Muhyiddin : Khairy

Kuala Lumpur – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjelaskan laporan media memetik kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa negara membelanjakan lebih RM2 bilion daripada peruntukan keseluruhan RM3 bilion untuk membeli vaksin bagi 30 peratus penduduk negara ini sebagai tidak tepat.

Khairy membuat penjelasan berkenaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wang Kah Koh pada sesi penerangan kepada jawatankuasa berkenaan Januari lalu.

Khairy berkata, merujuk kepada laporan berita pada 1 Disember lalu mengenai kenyataan beliau kepada PAC Januari lalu berhubung perolehan vaksin COVID-19, beliau memberitahu bekas Perdana Menteri itu tersilap cakap.

“Dalam sesi penerangan itu, Pengerusi PAC membangkitkan laporan media yang memetik kenyataan Tan Sri Muhyiddin (Yassin) selaku Perdana Menteri ketika itu.

“Ia berhubung kenyataan bahawa negara telah membelanjakan lebih RM2 bilion daripada peruntukan keseluruhan RM3 bilion untuk membeli bekalan vaksin buat 30 peratus penduduk negara seperti laporan portal Berita Harian, Malaysia dan The Straits Times, Singapura, pada 13 Disember 2020.

“Namun setelah pejabat saya memperoleh transkrip penuh ucapan Tan Sri Muhyiddin, ternyata beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu dan ia adalah laporan tidak tepat, sekurang-kurangnya oleh dua agensi berita itu.

“Bagaimanapun, kesilapan laporan itu tidak diperbetulkan dan boleh diakses sehingga hari ini. Saya juga ingin mengingatkan pengamal berita untuk lebih berhati-hati dalam laporan mereka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Media pada 1 Disember lalu melaporkan Muhyiddin “tersilap cakap” apabila berkata bahawa kerajaan akan memberi vaksin kepada 6.4 juta rakyat dengan kos RM3 bilion, kata Khairy kepada PAC pada Januari lalu ketika menjadi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Menurut laporannya mengenai perolehan vaksin COVID-19 PAC berkata, kenyataan itu mengakibatkan kekeliruan, kerana kos RM468 bagi setiap orang jauh lebih tinggi daripada angka yang didedahkan oleh Belgium, iaitu hanya RM82.40 seorang.

Pada pertemuan pada 1 Mei, Khairy memberitahu Kah Woh bahawa Muhyiddin telah membuat kesilapan ketika menyatakan harga vaksin, lapor BH Online.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu