Social
1K

Mekanik motosikal ditemui mati tergantung

Bagan Serai – Seorang mekanik motosikal ditemui mati tergantung di dalam bengekel miliknya di Jalan Persekutuan Ipoh-Butterworth dekat Masjid Tinggi di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Mazuki Mat berkata, mayat Tan Hock Bean, 60, ditemukan isteri dan anaknya setelah mangsa tidak pulang ke rumah seperti biasa di Taman Sinar, dekat sini

Menurut sumber, mangsa bercadang untuk menjual bengkelnya pada minggu ini kepada seorang pembeli dan meminta masa untuk mengemas barang-barang yang terdapat di dalam bengkel tersebut.

“Kedai motosikal yang diusahakan mangsa tidak beroperasi sejak tiga bulan lalu dan dia dikatakan bercadang untuk menjual kedainya pada harga RM10,000,” ujar sumber tersebut.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat manakala pihak polis masih berada di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu