Nation
328

Menteri Kabinet mula tiba hadiri mesyuarat khas

Putrajaya – Beberapa Menteri Kabinet dilihat mula tiba di Kompleks Bangunan Perdana Putra, di sini bagi menghadiri mesyuarat khas Kabinet, dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pagi ini.

Mula tiba adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin kira-kira pukul 9.30 pagi diikuti Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.

Turut tiba Menteri di Jabatan Menteri Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Difahamkan, Muhyiddin akan mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet kira-kira pukul 10 pagi ini, lapor Kosmo Online.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu