Nation
108
0

Menteri Perpaduan Negara positif COVID-19

Putrajaya – Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique disahkan positif COVID-19, hari ini.

Halimah disahkan dijangkiti virus berkenaan selepas membuat saringan COVID-19 semalam.

Menurut Kementerian Perpaduan Negara dalam satu kenyataan, Halimah akan menjalani rawatan dan tempoh kuarantin di Johor Bahru serta mengikut saranan dan pemantauan rapat oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Sepanjang tempoh rawatan dan pemulihan ini, Yb Datuk Halimah Mohamed Sadique akan terus memantau dan memastikan segala urusan Kementerian Perpaduan Negara berjalan dengan lancar.

“YB Datuk Halimah Mohamed Sadique mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhan beliau dan memohon maaf di atas segala kesulitan dan masalah yang timbul akibat perkembangan ini,” katanya.

Difahamkan Halimah berada di kawasannya sejak awal tahun ini ketika Johor dilanda banjir.

Sebelum ini beberapa pemimpin politik turut dijangkiti COVID-19.

Antaranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun serta Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Terbaharu, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz disahkan positif COVID-19 hari ini. – BH Online

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu