Social
362

Menyamar wanita seksi raih 20,000 pengikut di Youtube

Tokyo – Seorang YouTuber Jepun yang disangka wanita membuat pengakuan berani mati dengan mendedahkan dia sebenarnya seorang lelaki yang memakai payu dara silikon untuk membuat video seksi, lapor Oddity Central, kelmarin.

Lelaki berumur 37 tahun yang dikenali sebagai Chiharu itu mendedahkan perkara sebenar mengenai jantinanya selepas nekad untuk tidak terus menipu para pengikutnya.

Dia yang mula bergelar YouTuber pada Disember tahun lepas berjaya menarik sehingga 20,000 pengikut yang melanggan salurannya setakat Mac 2021, meskipun hanya mempunyai enam buah video.

Video-video tersebut memaparkan aksi Chiharu yang melakukan rutin senaman malam dengan sudut kamera yang memberi fokus kepada bahagian dada pada setiap masa.

Chiharu tidak pernah membuka pelitup muka dan tidak pernah bercakap setiap kali menunjukkan wajahnya di hadapan kamera bagi mengelak identitinya terbongkar.

Lelaki itu menambah, dia menyamar sebagai wanita kerana sedar itu merupakan cara paling mudah untuk menjana wang daripada saluran YouTube miliknya.

Pendedahan tentang jantina sebenar Chiharu menyebabkan jumlah pengikutnya di laman YouTube berkurang kepada 18,300 orang. – Agensi

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu