Nation
399

Mesyuarat Khas Parlimen pada Isnin ditangguhkan

Petaling Jaya – Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat pada Isnin ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Di dalam surat Pemberitahu Sidang Khas bertarikh 31 Julai 2021 yang dikeluarkan dan ditandatangani oleh Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin berkata, penangguhan itu adalah selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan serta penilaian risiko Covid-19.

“Pemakluman ini dibuat oleh Perdana Menteri selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11 (3), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Penangguhan ini juga susulan perkembangan terbaharu penularan jangkitan Covid-19 yang mana Kementerian Kesihatan (KKM) berpendapat bahawa Parlimen Malaysia merupakan lokaliti berisiko untuk berlakunya jangkitan Covid-19,” katanya di sini hari ini.

 

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu