Nation
143

Mesyuarat pertama Kabinet fokus status terkini jangkitan Covid-19 : PM

Kuala Lumpur – Mesyuarat pertama Kabinet dipengerusikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini antara lain memberi penekanan utama berhubung status terkini jangkitan COVID-19 di negara ini.

Perdana Menteri berkata mesyuarat itu turut memberi penekanan kepada pengukuhan tindakan tahap kesihatan secara proaktif oleh semua kementerian demi melonjakkan semula aktiviti ekonomi yang memberi manfaat utama kepada rakyat.

Beliau berkata tindakan pantas dan bersepadu merupakan aspek utama bagi membebaskan negara daripada ancaman wabak penyakit, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik yang telah dilalui oleh rakyat sebelum ini.

“Saya turut mengingatkan para menteri Kabinet dan setiap kementerian perlu buktikan pencapaian dalam tempoh 100 hari.

“Segala bantuan yang telah diumumkan mesti disegerakan dan saya akan memastikan Kabinet ini berasaskan keberhasilan yang mengutamakan kestabilan dan keselamatan Keluarga Malaysia,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Terdahulu Ismail Sabri mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama menerusi sidang video dari rumah setelah beliau dinasihatkan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menjalani kuarantin kendiri.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan Isnin lepas memaklumkan Ismail Sabri menjalani kuarantin kendiri bermula 30 Ogos selepas disahkan kontak rapat pesakit COVID-19, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu