Nation
154

MET Malaysia nafi amaran tsunami di perairan Sabah

Kuala Lumpur – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menafikan amaran tsunami yang boleh berlaku di Malaysia khususnya perairan Sabah.

MET Malaysia telah menerima maklumat berkaitan dengan penularan mesej mengenai kejadian tsunami itu berdasarkan kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 7.5 pada skala Richter yang berlaku di semenanjung Alaska pada 29 Julai 2021 pukul 2.15 petang.

“MET Malaysia menafikan kejadian itu berlaku di Sabah. Mesej tular amaran tsunami ini dipapar dalam laman sesawang dan disebarkan oleh agensi luar negara.

“MET Malaysia membuktikan bahawa kejadian tersebut tidak berlaku kerana insiden gempa bumi di Alaska berlaku melebihi 12 jam lepas dan tiada ombak tsunami dikesan oleh peralatan pemantauan ombak tsunami sehingga kini,” menurut jabatan itu dalam kenyataan hari ini.

MET Malaysia menasihatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati dalam menyebarkan maklumat atau video berkenaan kejadian gempa bumi dan menyarankan rakyat untuk mendapatkan info di laman web www.met.gov.my, aplikasi MyCuaca, laman media sosial rasmi MET Malaysia serta hotline di 1300-22-1638, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu