Social
319
0

MetMalaysia beri amaran ribut tropika

Kuala Lumpur – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran mengenai ribut tropika yang berada pada kedudukan kira-kira 976 kilometer di timur laut Kudat, Sabah.

Dalam kenyataan, MetMalaysia memaklumkan kedudukan ribut ketika ini berada sekitar 231 km barat daya Luzon, Filipina pada pukul 8 pagi hari ini dan ia bergerak ke arah barat dengan kelajuan 28km sejam (km/j).

“Kelajuan maksimum angin boleh mencapai 102 km/j,” menurut kenyataan itu, sambil menambah bahawa keadaan ini boleh mengakibatkan kejadian angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan. – Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu