Kuala Lumpur Post

Nation

MetMalaysia keluar Nasihat Lekukan Tropika

KUALA LUMPUR — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Nasihat Lekukan Tropika yang dikesan pada Latitud 17.4 Utara dan Longitud 98.0 Timur, kira-kira 474 kilometer (km) dari barat laut Bangkok, Thailand.

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pagi ini memaklumkan ribut itu bergerak ke arah utara timur laut dengan kelajuan 7 km sejam (km/j) dengan kelajuan angin maksimum 60km/j.

Menurut MetMalaysia, jarak lekukan tropika itu dengan bandar terdekat ialah kira-kira 1,243 km dari utara Pulau Langkawi, Kedah dan tiada kesan signifikan terhadap Malaysia, lapor Bernama.

Tags: ,