Nation
2K

MetMalaysia : Ribut petir landa 10 negeri petang ini

Petaling Jaya – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di satu atau dua tempat melibatkan 10 negeri pada sebelah petang, hari ini.

“Ribut petir dijangka akan berlaku di satu dua tempat di Kuala Lumpur, Johor serta kawasan pedalaman negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Ribut petir turut diramal akan berlaku di satu atau dua tempat di Pantai Barat dan Sandakan di Sabah,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Tambahnya, ribut petir turut dijangka melanda satu atau dua tempat di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Kapit, Miri dan Limbang di Sarawak.

Dalam pada itu, MetMalaysia dalam laporan cuaca di laman YouTube berkata, hujan diramal berlaku melibatkan satu dua tempat di kawasan pedalaman Perak dan Tawau serta Kudat di Sabah pada petang ini.

“Berikutan hujan kadangkala boleh menyebabkan berlaku banjir di kawasan rendah. Elakkan menggunakan jambatan yang tidak kukuh dan melalui jalan yang sering dinaiki air,” ujarnya sebentar tadi, lapor Kosmo Online.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu