Nation
313

MIYC edar sayur-sayuran kepada 100 keluarga sekitar Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, 13 Jun 2021- Majlis Belia India Malaysia Wilayah Persekutuan dibawah kepimpinan Saudara Janagken Yohayindra Kumar, telah mengedarkan sayur-sayuran kepada 100 keluarga yang kurang berkemampuan di sekitar Wilayah Persekutuan.

Penghargaan khas ditujukan kepada Datuk Paramsivam dan Dato’ Dr R.Kantharao, Penasihat Majlis Belia India Malaysia Wilayah Persekutuan yang mengaturkan bekalan sayur-sayuran.

Sumbangan ini diharap sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga penerima ketika Perintah Kawalan Pergerakan dan Covid-19.

Bekalan sayur-sayuran diagihkan melalui cawangan MIYC di Seputeh, Melawati, Lembah Pantai, Jinjang, Wangsa Maju, Sentul, Bangsar dan Segambut.

Turut hadir bersama adalah Saudari Venotha, Setiausaha Kehormat MIYC Wilayah Persekutuan, Saudari Logeswary, Exco MIYC Wilayah Persekutuan, Saudara Kanda, Setiausaha Alumni MIYC Wilayah Persekutuan. — Kuala Lumpur Post

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu