Nation
403

MKN wujud pusat sehenti keluarkan surat kebenaran operasi

Kuala Lumpur – Sebuah pusat sehenti akan diwujudkan untuk mengeluarkan surat kebenaran beroperasi bagi perkhidmatan perlu ketika sekatan pergerakan penuh yang bermula esok.

Perkara itu diputuskan pada sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

MKN dalam kenyataan hari ini, berkata pusat sehenti berkenaan akan diselaraskan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Surat kebenaran beroperasi bagi sektor perkhidmatan perlu akan dikeluarkan selepas mendapat pengesahan daripada kementerian yang mengawal selia sektor berkenaan.

“Jadi, permohonan baharu bagi kebenaran perjalanan untuk bekerja perlu dikemukakan semula melalui portal COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 yang diselaraskan MITI dan membabitkan semua kementerian yang mengawal selia 17 sektor perkhidmatan perlu dibenarkan beroperasi,” kata kenyataan itu.

Katanya, selaras dengan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh fasa pertama yang berkuat kuasa sehingga 14 Jun ini, semua surat kebenaran beroperasi sebelum ini yang dikeluarkan MITI bagi sektor perkhidmatan perlu yang dibenarkan kerajaan adalah terbatal. – Bernama

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu