Kuala Lumpur Post

Nation

Modal pembangkang menghadapi PRU 15 hanya dengan memfitnah BN : Kohilan Pillay

KUALA LUMPUR — Semakin hampir menjelangnya PRU-15, kita dapat melihat pelbagai isu yang sedang dimainkan oleh musuh Barisan Nasional sama ada di media sosial atau juga di dalam ceramah-ceramah mereka, menurut Naib Presiden MIC, Datuk Kohilan Pillay.

“Pembangkang sedang berusaha untuk menimbulkan persepsi buruk terhadap pemimpin dan parti terutamanya MIC. Terdapat juga mereka yang cuba mainkan beberapa isu untuk melagakan antara pemimpin parti kita bagi melemahkan MIC.”

“Presiden kita, Tan Sri Dato’ Sri S.Vigneswaran sentiasa komited dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Presiden MIC sama ada semasa menjadi Kerajaan dan juga semasa menjadi pembangkang. Walaupun selama dua tahun berada di dalam blok pembangkang, beliau tetap komited menyalurkan pelbagai bantuan dan melaksanakan program-program untuk rakyat,” ujar beliau.

“Justeru, saya memohon agar kita semua terutamanya seluruh keluarga MIC, terus berganding bahu dalam melawan segala fitnah yang cuba mereka lontarkan kepada kita serta jangan mudah terpedaya dengan isu yang sedang mereka mainkan.”

“Musuh kita hanya bercakap umpama tin kosong sahaja. MIC sentiasa memperjuangkan masyarakat India sejak sekian lama bukan hanya apabila tibanya musim pilihanraya sahaja. Sikap dan semangat seperti inilah yang perlu ada dalam diri setiap pemimpin. Kita perlu berjuang lebih agresif dan bijak dengan segala fakta yang ada bagi meyakinkan pengundi-pengundi, tegas Kohilan.

Adalah menjadi harapan saya agar rakyat tidak mudah terpedaya dengan segala janji-janji palsu yang tidak pernah mereka tunaikan semenjak memenangi PRU-14 serta segala fitnah yang disebarkan mereka buat masa ini.

“Saya pasti rakyat telah mula sedar dan yakin bahawa hanya parti Barisan Nasional sahaja yang mampu mentadbir negara ini dengan baik dalam usaha memulihkan semula negara yang telah dirosakkan oleh Pakatan Harapan selepas memenangi PRU-14 yang lalu.”