Social
113

Model alami serangan jantung gara-gara cabaran TikTok

New York –  Gara-gara terjebak dengan cabaran TikTok dikenali Dry Scooping seorang model mengalami serangan jantung.

Dry Scooping ialah cabaran menelan serbuk suplemen tanpa air untuk tenaga segera yang menjadi trend di media sosial itu.

Briatney Portillo berkongsi pengalamannya menyertai cabaran itu sebelum berdepan serangan jantung, April lalu.

“Saya rasa macam tersedak air sedangkan tekak kering, malah saya susah bernafas, kerap batuk dan gusi terbakar.

“Kemudian, seluruh badan gatal-gatal, berpeluh dengan banyak, mual dan pada satu tahap sebelah kiri badan saya terasa amat sakit.

“Saya dikejarkan ke hospital dan disahkan mengalami serangan jantung berpunca daripada pengambilan suplemen itu secara berlebihan,” katanya kepada New York Post.

Katanya, dia mencuba cabaran itu bukan bertujuan meraih populariti tetapi hanya mahukan tenaga sebelum bersenam.

“Jangan cuba meniru apa yang orang lain buat apatah lagi ia berbahaya kerana tidak berbaloi mempertaruhkan nyawa kamu.

“Saya tidak pernah terfikirkan perkara ini akan berlaku apatah lagi saya masih muda,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kardiologi di pusat perubatan NYU, Langone Brooklyn, George Fernaine berkata, pengambilan suplemen itu dalam jumlah berlebihan sama seperti seseorang individu minum empat cawan kopi sekali gus.

“Pengambilan kafein dalam jumlah berlebihan pada masa sama membuat aktiviti yang menekan jantung seperti bersenam boleh mendatangkan risiko bahaya,” katanya. — Agensi

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu