Nation
99

Mohd Zolkafly nafi diarah kuarantin 14 hari

Ipoh – Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak Datuk Mohd Zolkafly Harun menafikan beliau diarah menjalani kuarantin selama 14 hari seperti dikenakan terhadap Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad.

Beliau mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama di sini hari ini dan menjelaskan tidak terlibat dengan program di Lenggong yang dihadiri Saarani baru-baru ini.

“Saya tidak diarahkan kuarantin seperti Menteri Besar dan saya bukan kontak rapat kepada pesakit yang disahkan positif COVID-19 di Lenggong,” katanya.

Semalam, Saarani mula menjalani kuarantin selama 14 hari berikutan dikesan sebagai kontak rapat kepada pesakit yang disahkan positif COVID-19 dan Mohd Zolkafly dikatakan turut diarah kuarantin bagi tempoh sama.

Setiausaha Politik Menteri Besar Datuk Sham Mat Sahat dilaporkan berkata beliau menerima maklumat bahawa Saarani diminta untuk menjalani kuarantin sehingga 11 Mei selepas mempunyai kontak rapat dengan individu berkenaan ketika menghadiri program di Lenggong.

Saarani diminta menjalani kuarantin selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak semalam disusuli sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan semalam. – Bernama

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu