Nation
539

MP UMNO kekal duduk di blok kerajaan

Petaling Jaya –¬†Menteri dan ahli Parlimen dari UMNO kekal duduk di blok kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Dewan Rakyat hari ini walaupun parti itu telah menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yakkob selaku Timbalan Perdana Menteri bagaimanapun berubah kedudukan apabila duduk di sebelah Muhyiddin.

Sidang khas Dewan Rakyat selama lima hari yang bermula hari ini akan memberi ruang kepada semua Ahli Parlimen untuk mendengar taklimat daripada kerajaan berkenaan pelaksanaan darurat selain isu-isu berkaitan Covid-19.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu