Politics
1K

MT UMNO mesyuarat isu politik esok

Kuala Lumpur – UMNO akan mengadakan satu mesyuarat khas Majlis Tertinggi secara dalam talian esok (3 Ogos) bagi membincangkan mengenai isu politik terkini, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ahmad Maslan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook rasminya hari ini, Ahmad memaklumkan mesyuarat dijadual berlangsung pada pukul 4 petang.

“Tentunya mesyuarat tergempar ini (adalah) untuk membincangkan isu politik terkini. Antaranya hal kenyataan media Istana Negara, warkah Yang di-Pertuan Agong dan juga isu darurat, ordinannya serta penangguhan sidang Parlimen,” katanya.

Sabtu lepas Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin dalam kenyataan memaklumkan bahawa Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 pada Isnin ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian, lapor Bernama.

Tags: ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu