Social
455

Mudir direman disyaki lakukan amang seksual

Kota Bharu – Seorang mudir pondok yang juga penceramah bebas direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengenai kes amang seksual terhadap seorang remaja lelaki, Selasa lepas.

Lelaki berusia 33 tahun itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Bharu Nor Faezah Abdullah.

Shafien berkata remaja berusia 13 tahun itu membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut pada 10.44 malam tadi di Tanah Merah dan susulan itu, suspek ditahan di sebuah rumah di Machang, dekat sini, pada 1 pagi tadi.

“Berdasarkan laporan, kejadian didakwa berlaku di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Sat Tengah pada 8 pagi, Selasa lepas.

“Pada mulanya suspek (mudir) meminta pengadu mengurutnya di ruang tamu sebelum mengajak pengadu masuk ke dalam bilik kerana takut dilihat orang. Suspek dipercayai melakukan amang seksual terhadap pengadu semasa di dalam bilik,” katanya yang dihubungi hari ini.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu