Nation
138

Mufti Perak, Dr Harussani meninggal dunia

Ipoh – Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, 82, meninggal dunia hari ini.

Perkara itu disahkan Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim ketika dihubungi melalui WhatsApp sebentar tadi.

Menerusi mesej itu, beliau sekadar menyebarkan gambar tertera ucapan takziah atas pemergian Allahyarham yang sebelum ini dilaporkan menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini selepas disahkan positif COVID-19.

Ucapan takziah atas kematian Allahyarham turut dimuatnaik di Facebook rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk). – BH Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu