Nation
233

Muhyiddin sahkan letak jawatan Perdana Menteri

Kuala Lumpur – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meletak jawatan selepas 17 bulan memegang jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan.

Turut meletak jawatan adalah 29 Menteri Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin.

“Jelaslah saya telah kehilangan sokongan majoriti. Jadi, tidak perlu lah lagi keabsahan saya sebagai Perdana Menteri ditentukan di Parlimen.

“Maka, pada hari ini saya meletakkan jawatan saya sebagai Perdana Menteri dan jawatan seluruh ahli Jemaah Menteri sebagaimana yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan,” kata Muhyiddin dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen.

Ahli Parlimen Pagoh itu menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Isnin semasa menghadap Seri Paduka di Istana Negara, pada tengah hari tadi.

Muhyiddin, yang juga Presiden Bersatu, mengangkat sumpah Perdana Menteri pada 1 Mac 2020 selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan pada 24 Feb tahun sama, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu