Politics
722

Muhyiddin tak wajar rampas kuasa Agong : UMNO

Petaling Jaya – UMNO menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin tiada lagi keabsahan untuk menjalankan tugas-tugas selaku Perdana Menteri yang sah sebagaimana Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keadaan itu berlaku selepas Perdana Menteri secara terbuka membuat pengakuan bahawa beliau sudah tidak lagi mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Tambah beliau, Ahli Parlimen Pagoh itu tidak wajar merampas kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam menentukan urusan pelantikan Perdana Menteri.

“UMNO tidak boleh mempertimbangkan segala tawaran daripada seorang yang sudah tiada keabsahan apatah lagi bersifat sogokan terbuka dan terdesak hanya untuk memanjangkan hayat politiknya.

“Justeru, UMNO menasihatkan agar rakyat dapat bertenang sehingga Yang di-Pertuan Agong melaksanakan tugas dan tanggungjawab Perlembagaan di bawah Perkara 40(2) untuk melantik seorang Perdana Menteri baharu dari kalangan Ahli Dewan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Pada masa sama, Ahmad Zahid turut merakamkan penghargaan kepada 15 Ahli Parlimen UMNO yang setia dan istiqomah mempertahankan pendirian parti untuk terus membela Institusi Raja dan Perlembagaan Negara, lapor Kosmo Online.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu