Nation
128
0

Najib akan beri keterangan perbicaraan kes rasuah Rosmah

Kuala Lumpur – Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberi keterangan sebagai saksi pembelaan dalam perbicaraan kes rasuah yang dihadapi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Peguam Rosmah, Datuk Jagjit Singh berkata bekas perdana menteri itu adalah antara saksi pembelaan yang akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam prosiding sembilan hari bermula 9 Jun.

Jagjit berkata ketika ini pihak pembelaan mempunyai lima atau enam saksi dan telah ditawarkan seramai 10 saksi oleh pihak pendakwaan.

“Kita perlu melihat senarai (saksi pendakwaan) dan kita juga perlu menemu bual mereka (saksi),” katanya kepada wartawan setelah prosiding mahkamah.

Terdahulu, Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan memerintahkan Rosmah untuk membela diri atas kesemua tiga tuduhan rasuah setelah mendapati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Sebelum prosiding dimulakan, Najib dilihat (menerusi ‘pautan video’ yang disediakan) duduk di sebelah isterinya dan ketika mahkamah berehat seketika, Najib turut dilihat menenangkan Rosmah setelah keputusan mahkamah disampaikan.

Semalam, Najib diaporkan akan berada di sisi isterinya ketika mahkamah menyampaikan keputusan sebagai sokongan emosi. – Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu