Kuala Lumpur Post

Nation

Najib bebas 23 Ogos 2028, hukuman penjara, denda dikurangkan

KUALA LUMPUR — Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya ke-61 memutuskan hukuman terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diberi pengurangan 50 peratus bagi hukuman dan denda yang perlu dibayar.

Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wiyalah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri berkata, Najib dipersetujui untuk dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu pada 23 Ogos 2028.

“Dan denda yang perlu dibayar iaitu sebanyak RM210,000,000 dikurangkan kepada RM50,000,000.

“Namun, sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara bagi Datuk Seri Najib akan ditambah selama setahun di mana tarikh pembebasan beliau adalah pada 23 Ogos 2029,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.