Nation
270

Najib gagal batal notis kebankrapan LHDN

Kuala Lumpur – Datuk Seri Najib Razak hari ini gagal mendapatkan penangguhan terhadap perintah mahkamah berhubung pembayaran tunggakan cukai RM1.69 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Datuk Ahmad Bache, menolak permohonan bekas Perdana Menteri itu dalam keputusan melalui e-mel kepada pasukan peguam yang mewakili Najib dan LHDN.

Sehubungan itu, LHDN boleh meneruskan notis kebankrapan terhadap Najib.

Pada 2 Jun lalu, Najib memfailkan permohonan itu dengan alasan notis kebankrapan difailkan terhadapnya adalah taktik konspirasi politik.

Menurut notis itu, Najib perlu membayar tunggakan termasuk faedah berjumlah RM1,738,804,204.16, bermula 4 Februari lalu.

Jumlah itu turut termasuk kos mahkamah sebanyak RM15,000.

Najib memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu di Mahkamah Rayuan yang menetapkan 16 Jun ini untuk mendengar rayuannya.

Pada 22 Julai 2020, Ahmad membenarkan permohonan LHDN untuk mendapatkan penghakiman terus bagi menuntut tunggakan cukai pendapatan tambahan RM1.69 bilion dari 2011 hingga 2017 termasuk penalti, daripada Najib.

Ahmad kemudian menyatakan bahawa tunggakan cukai pendapatan tambahan itu adalah hutang kepada negara yang perlu dibayar.

Penghakiman terus adalah keputusan dibuat mahkamah berdasarkan hujahan bertulis dan lisan tanpa perbicaraan penuh serta saksi yang dipanggil memberi keterangan. — BH Online

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu