Social
235

Neelofa dipanggil beri keterangan esok

Petaling Jaya – Polis mengesahkan selebriti popular, Neelofa akan dipanggil memberi keterangan esok berhubung pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pada majlis pernikahannya, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, selain Neelofa, keluarganya turut dipanggil untuk hadir memberikan keterangan.

“Sepatutnya penganjur acara itu hadir memberi keterangan pada hari ini, bagaimanapun ia ditangguhkan esok bersama Neelofa dan keluarganya.

“Kita sudah mengambil keterangan beberapa saksi setakat ini, namun kita perlu memanggil beberapa lagi individu bagi melengkapkan siasatan,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Terdahulu, tular satu gambar di media sosial mendakwa majlis perkahwinan selebriti itu tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sehingga mendapat kecaman ramai.

Pada majlis itu, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor, 32, diijabkabulkan dengan pelakon dan pendakwah, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, di hotel terkemuka di sini. – Kosmo Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu