Social
145

Neelofa, suami & ahli keluarga dikompaun RM60,000

Kuala Lumpur – Selebriti terkenal, Neelofa dan ahli keluarganya termasuk suaminya, Haris Ismail atau dikenali sebagai PU Riz dikenakan kompaun berjumlah RM60,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kompaun yang tidak dibenarkan diskaun itu selepas pihak berkuasa mendapati selebriti berkenaan melakukan dua kesalahan manakala PU Riz satu kesalahan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kesalahan pertama Neelofa selaku penganjur gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan mengenai pematuhan SOP penganjuran majlis sosial apabila gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah mereka berlangsung.

Katanya, pasangan suami isteri itu juga melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subperaturan 4 (2) (d) Peraturan-Peraturan sama, memandangkan ada antara aktiviti itu berada di luar skop kebenaran diberikan polis. – Kosmo Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu