Nation
395
0

Negara, masyarakat & MIC- Datuk T. Mohan

Senator Datuk T. Mohan, nama yang tidak asing di arena politik Malaysia. Sumbangan beliau dalam memartabatkan MIC dan memperjuangkan nasib masyarakat India tidak ternilai.

Masyarakat India di negara ini menerima berita baik semalam apabila Naib Presiden MIC, Datuk T Mohan dilantik sebagai senator di Dewan Negara, bagi penggal kedua.

Senator yang berusia 48 tahun itu pernah dilantik ke jawatan tersebut untuk tempoh tiga tahun, iaitu diantara 16 November 2017 sehingga 15 November 2020.

Pelantikan Mohan yang terkini akan berkuat kuasa sehingga 2023. Mohan adalah nama yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat India.

Beliau mula menceburkan diri di dalam bidang politik melalui MIC dari usia 18 tahun lagi.
Bermula dari kehidupan yang serba ringkas, beliau menapakkan kaki sebagai Ketua Pemuda MIC Cawangan Puchong Camp Village dan kemudiannya sebagai ahli EXCO Pemuda MIC pada 2000.

Beliau berjaya merapatkan jurang di antara kepimpinannya dan pemuda MIC. Namun, usia itu juga tidak dijadikan alasan untuk beliau mendolak dalih tugasannya ataupun teragak-agak untuk menyampaikan pandangan belia kepada pihak atasan parti itu.

Hanya tiga tahun selepas itu, kepimpinan melalui teladannya telah mendapat perhatian kepimpinan pusat MIC dan beliau diiktiraf sebagai ahli Majlis Tertinggi MIC.

Beliau juga turut menarik perhatian Presiden MIC pada ketika itu, Tun S. Samy Vellu dan Mohan seterusnya dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan bagi tempoh 2009 hingga 2013.

Tempoh pelantikannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan dilihat sebagai tempoh yang amat mencabar kerana pada ketika itu, parti MIC dilihat sebagai sangat lemah terutamanya apabila Samy buat pertama kalinya kehilangan kerusi parlimennya di Sungai Siput.

Mohan berjaya menggunakan pengaruhnya untuk menyatukan pemuda-pemuda di bawah naungannya untuk memberikan sokongan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan atasan MIC.

Seterusnya, pada Tahun 2015 dan 2018, beliau dipilih sebagai Naib Presiden MIC dan terus menjadi inspirasi kepada golongan belia India.

Antara sumbangannya yang paling ketara selain dalam bidang politik, adalah memperkasakan sukan bola speak di kalangan belia India di negara ini sebagai Presiden Malaysian Indian Football Association (MIFA).

Mohan juga memberikan tumpuan kepada isu-isu keselamatan pekerja selaras dengan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH).

Kuala Lumpur Post mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada Yang berbahagia Senator Datuk T. Mohan.

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu