Politics
146

NGO serah memorandum kepada SPR gesa segerakan undi 18

Putrajaya – Pertubuhan Keilmuan Nasional dan Gerakan Belia 4B hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menggesa supaya pelaksanaan pendaftaran pemilih automatik dan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun disegerakan.

Pemangku Presiden Gerakan Belia 4B Fahami Ashrof Badaruddin ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum itu di ibu pejabat SPR di sini mengajukan persoalanan adakah kerajaan masih serius dengan Undi 18, sedangkan Parlimen sudah meluluskan Undi 18 pada 2019 sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan lagi.

Pengerusi Keilmuwan Nasional Zambri Mohd Isa pula berkata pelaksanaan Undi 18 itu tidak harus ditangguhkan, supaya hak kira-kira 1.2 pengundi belia tidak dinafikan.

“SPR perlu berpegang kepada prinsipnya iaitu memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi melalui pilihan raya yang bebas dan adil,” katanya.

SPR dalam satu kenyataan Khamis lepas mengumumkan pendaftaran pemilih automatik dan Undi18, dijangka hanya boleh dilaksanakan selepas 1 Sept 2022, dan keputusan itu menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat dan parti politik yang kebanyakannya tidak bersetuju dengan langkah tersebut. – Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu