Nation
1K

Noraini letak jawatan Menteri Pengajian Tinggi

Kuala Lumpur – Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Noraini Ahmad mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Pengajian Tinggi berkuat kuasa serta-merta.

“Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat sebagai Menteri Pengajian Tinggi di dalam Kerajaan Persekutuan.

“Namun, berdasarkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 3 Ogos 2021, saya sebagai Ketua Wanita UMNO, akur dengan keputusan parti dan meletak jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi, Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan berkuatkuasa serta-merta. Keputusan parti akan dilaksanakan ketika Parlimen bersidang,” katanya dalam satu kenyataan.

Pengumuman peletakan jawatan melibatkan Ketua Wanita UMNO itu menyusul tiga hari selepas kenyataan sama dibuat Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu