Nation
130

Nota suara, video tular berkait Abu Sayyaf tak benar : ESSCom

Tawau – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menafikan dakwaan berlaku kejadian kumpulan Abu Sayyaf menangkap penduduk kampung dan memotong anggota badan di dalam hutan di Sabah seperti nota suara yang tular menerusi aplikasi WhatsApp.

Komander ESSCom Datuk Ahmad Fuad Othman berkata nota suara meminta penduduk berhati-hati yang tular bersama sebuah video berdurasi 1.03 minit menunjukkan seorang lelaki diserang dengan parang dan ditetak serta kemudian ditembak bertalu-talu di kawasan semak itu bukan berlaku di Sabah sebaliknya di Filipina.

“Hentikan penyebaran berita palsu ini, jangan percaya audio (nota suara) yang disebarkan kerana ia palsu dan rakaman video itu sebenarnya berlaku di negara jiran,” katanya kepada Bernama hari ini.

Ahmad Fuad berkata polis dalam masa sama sedang menyiasat penyebar maklumat palsu berkenaan kerana menimbulkan kegusaran awam.

Terdahulu, nota suara berdurasi 23 saat yang tular hari ini turut mendakwa tindakan kumpulan Abu Sayyaf itu sebagai mahu membalas dendam.

Pada 17 Mei lepas, psukan keselamatan menembak mati lima anggota kumpulan Abu Sayyaf di kawasan setinggan di Taman Sri Arjuna, Beaufort. – Bernama

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu