Social
316

Nur Sajat ditahan imigresen Thailand

Petaling Jaya – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau dikenali sebagai Nur Sajat ditangkap oleh pihak imigresen Thailand, pada pukul 6 petang 8 September lalu .

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, usahawan kosmetik itu ditahan atas kesalahan memiliki pasport yang tidak sah.

“Pada 9 September lalu, Sajat telah dihadapkan ke Mahkamah Thailand atas kesalahan Imigresen dan dikenakan hukuman denda.

“Nur Sajat turut dikehendaki di Malaysia bersabit Seksyen, Repot: 345/2021 di bawah Seksyen 185 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, usaha untuk membawa pulang Nur Sajat sedang giat dilaksanakan.

Terdahulu, media melaporkan, usahawan terbabit ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok, Thailand, bersama seorang lelaki warga Thailand yang juga berperwatakan seperti wanita ketika serbuan pihak imigresen.

Nur Sajat pada 9 September lalu didakwa di mahkamah Thailand atas kesalahan berkaitan imigresen di negara terbabit namun dia dibebaskan sehari kemudian dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.

Mahkamah Tinggi Syariah pada 23 Februari lalu, mengeluarkan waran tangkap terhadap Nur Sajat kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu, lapor Kosmo Online.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu