Nation
226

Operasi KSM di Pasar Borong Selayang

Kuala Lumpur, 16 Jun 2021- Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan telah turun padang memantau situasi di Pasar Borong Selayang. Beliau telah diiringi oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Santhara.

“Operasi hari ini adalah bagi memastikan pematuhan SOP Covid-19 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selepas ini saya akan meninjau operasi Pematuhan SOP dan Akta 446 di sebuah kilang ais yang sedang diperiksa oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM),” ujar Saravanan.

Beliau turut menzahirkan perasaan puas hati beliau dengan kebersihan di sekitar Pasar Borong dan terharu tapak-tapak perniagaan diusahakan oleh warga tempatan dengan mengambil tenaga kerja tempatan.

Beliau turut menyeru semua pihak untuk patuh kepada Amalan Norma Baharu dan semoga kerjasama daripada semua pihak akan dapat memutuskan rantaian COVID-19.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu