Social
347

Ops Parti Liar : 2 wanita, 11 lelaki ditahan

Sungai Petani – Seramai sebelas lelaki dan dua wanita ditahan bersama satu peket dadah jenis ketamin dalam serbuan Ops Parti Liar di sebuah inap desa di Taman Permaipura, Bedong dekat sini awal pagi ini.

Kesemua mereka berusia antara 18 hingga 22 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda kira-kira pukul 4.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah memberitahu, suspek lelaki yang ditahan berusia antara 18 hingga 22 tahun manakala dua wanita pula masing-masing berusia 19 dan 20 tahun.

“Pemeriksaan lanjut menjumpai satu peket dadah ketamin dari poket seluar suspek berusia 21 tahun yang bekerja sebagai operator kilang dari Taman Ria Jaya di sini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, seramai enam lelaki didapati positif dadah jenis ketamin. Menurutnya, kesemua suspek dikompaun di bawah Peraturan 10(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 (PPDPPB) kerana berkumpul tanpa penjarakan fizikal.

“Suspek berusia 21 tahun disiasat atas kesalahan memiliki dadah di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Lima lagi suspek yang positif dadah disiasat atas kesalahan memasukkan dadah ke dalam tubuh badan di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” ujarnya.

Katanya, suspek utama direman selama empat hari bermula hari ini manakala lima lagi ditahan lanjut untuk soal siasat.

“Tujuh lagi dibebaskan setelah selesai soal siasat dan dikompaun di bawah Peraturan 10 PPDPPB 2021,” katanya, lapor Kosmo Online.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu