Social
227

Ops Samseng Jalanan : Remaja perempuan antara 11 ditahan

Petaling Jaya – Remaja perempuan antara 11 individu ditahan dalam Operasi (Ops) Samseng Jalanan di beberapa lokasi sekitar ibu negara, awal pagi tadi.

Operasi kira-kira pukul 1 pagi dijalankan oleh 18 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur di Jalan Genting Klang; Jalan Ampang; Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Jalan Sungai Besi.

Ketua Jabatan, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, pihaknya menahan lapan penunggang serta tiga pembonceng motosikal berusia antara 17 hingga 27 tahun yang didapati merempit.

Katanya, antara kesalahan dikenal pasti adalah menunggang motosikal secara berbahaya dan melakukan aksi seperti roket, zig zag, wheelie dan bersaing sesama sendiri.

“Mereka ditahan bekerja sebagai penghantar makanan, pengawal keselamatan, penuntut kolej, pekerja restoran dan kakitangan kerajaan.

“Semua suspek ditahan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menunggang motosikal secara melulu dan membuat aksi membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Zulkefly berkata, seorang lelaki berusia 23 tahun turut ditahan  di Jalan Genting Klang berikutan menunggang Yamaha 135LC tanpa menggunakan nombor pendaftaran seperti ditetapkan.

Ujarnya, lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955. – Utusan Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu