Social
98

Orang ramai dinasihati waspada tajaan dana haji melalui telefon

Kuala Lumpur – Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan tidak terperdaya dengan mana-mana pihak yang menawarkan sebarang bentuk dana bagi tujuan mengerjakan ibadat haji menerusi panggilan telefon.

Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataan berkata pihaknya tidak pernah melantik mana-mana organisasi atau orang perseorangan untuk menjadi perantara, orang tengah atau ejen dalam hal-hal berkaitan tawaran haji mahupun pakej haji.

“Baru-baru ini, TH menerima laporan daripada pendeposit bahawa ada individu tidak bertanggungjawab yang menawarkan dana haji untuk membolehkan mereka menunaikan haji dengan lebih cepat. Pemilihan giliran menunaikan haji adalah berdasarkan sistem pendaftaran iaitu yang dahulu didahulukan.

“TH berharap agar orang ramai lebih berhati-hati apabila menerima sebarang tawaran dana bagi urusan haji daripada pihak yang tidak dikenali,” menurut kenyataan itu.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh berhubung dengan talian khidmat panggilan TH (THCC) di talian 03-6207 1919, lapor Bernama.

Tags: ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu