Nation
488

Ordinan Darurat dibahas di Parlimen September ini : PM

Putrajaya – Usul bagi membahas dan mengungkai Ordinan-Ordinan Darurat akan dibawa ke sidang Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada September ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, ia selaras dengan titah pandangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan peruntukan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, usul berkenaan akan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri esok, sekali gus diharapkan dapat menyelesaikan polemik berkaitan pembatalan ordinan-ordinan darurat secara harmoni dan berperlembagaan.

“Proses pembatalan ordinan-ordinan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong sepertimana yang disembah nasihat oleh Jemaah Menteri pada 23 Julai lalu tidak dapat disempurnakan.

“Dengan berakhirnya Proklamasi Darurat pada 1 Ogos 2021, berdasarkan  peruntukan Perlembagaan Persekutuan, pembatalan ordinan-ordinan darurat oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak lagi berbangkit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu