Social
206

Padah benar pelanggan minum di restoran

Tanjong Karang –  Gara-gara membenarkan pelanggan minum di dalam premis, seorang pemilik restoran di Pekan Tanjong Karang dikompaun RM10,000 berikutan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa berkata, tindakan kompaun diambil susulan gambar seorang pelanggan sedang minum di restoran terbabit, tular di laman sosial sejak semalam.

“Polis mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan mendapati ia berlaku jam 1 tengah hari semalam. Oleh itu, polis mengeluarkan kompaun RM10,000 kepada pemilik restoran.

“Manakala pelanggan pula dikompaun RM2,000 atas kesalahan mengikut Peraturan 16 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Ramli menegaskan pihaknya akan terus mengingatkan masyarakat supaya mematuhi SOP PKP yang sudah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kita perlu bersama-sama memerangi dan berganding bahu dalam memutuskan rangkaian Covid-19,” katanya. – Harian Metro

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu