Social
272

Padah buat prank rompak bank

Los Angeles – Kembar yang juga personaliti YouTube yang terbabit dalam prank rompakan bank mengaku salah di mahkamah atas kesalahan kecil pada Rabu.

Pada Oktober 2019, dua beradik lelaki berasal dari California itu, Alan dan Alex Stokes menempah e-hailing Uber dengan memakai topeng ski dan beg berisi wang kertas.

Pasangan itu merekodkan peristiwa berkenaan untuk pengikut mereka.

Pemandu Uber berkenaan yang tidak menyedari prank itu enggan mengambil kedua beradik berkenaan.

Bagaimanapun, pemandu berkenaan kemudian ditahan polis dengan dihalakan senjata api terhadapnya selepas orang awam yang melihat kejadian berkenaan melaporkannya kepada polis kerana menyangka ia adalah insiden jenayah.

“Jenayah ini mungkin menyebabkan seseorang cedera serius atau terbunuh,” kata Peguam Daerah Orange County, Todd Spitzer dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, perbuatan kedua-dua lelaki itu adalah tidak bertanggungjawab kerana mementingkan jumlah pengikut di Internet lebih daripada keselamatan polis dan pemandu Uber berkenaan.

Kembar itu yang kini berusia 23 tahun mengaku salah selepas mahkamah meminda pertuduhan terhadap mereka kepada yang lebih ringan.

Mereka masing-masing diperintah menjalankan khidmat masyarakat dengan tempoh percubaan selama setahun dan diarah membayar ganti rugi.

Pasangan itu mempunyai lebih enam juta pengikut di YouTube, dan hampir 30 juta pengikut di TikTok. – Harian Metro

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu